2.Hasil Bijih Timah
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-15
- Diusahakan orang Melayu di lembah-lembah sungai .
- tDigunakan untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan.
- Kaedah melampan digunakan
- Perdagangan bijih timah dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu scbagai pemilik lombong yang membekalkan semua keperluan perbelanjaan.
- Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan.
- Punca pendapatan utama mereka ialah perdagangan bijih timah.
- Sultan menerima bahagiannya daripada hasil perdagangan bijih timah.
- Lokasi Perlombongan :
- Perak terkenal dengan hasil bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak.
- Perlombongan tertumpu di sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar Kuala Kangsar dan Kelian Intan.
- Pada tahun 1616, bijih timah mula dilombong di Manjung dan Beruas.
- Perak merupakan pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi pedagang, terutamanya Portugis.
- Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri naungannya pada abad ke-16 hingga abad ke-17.
- Perak menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan perlindungan Portugis di Melaka bagi membebaskan Perak daripada naungan Acheh.
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-18
Perak
- Pada pertengahan abad ke-18, bijih timah dikeluarkan oleh pelombong-pelombong kecil Melayu di kawasan Larut seperti Kerian, Kurau, Larut, Terong dan Beruas.
- Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka.
- Menjelang akhir abad ke-18, pengeluaran bijih timah Perak merosot akibat aktiviti penyeludupan bijih timah kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau.
Selangor
- Kekayaan bijih timah di Kuala Sungai Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor.
- Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dengan Belanda.
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-19
- Kekayaan bijih timah mencapai tahap penting pada abad ke-19.
- Perkembangan perlombongan bijih timah melalui beberapa fasa yang melibatkan pelombong-pelombong Cina menjadikan Perak Selangor dan Negeri Sembilan sebagai pengeluar bijih timah utama dunia.
- Lokasi :
Larut
- Perlombongan bijih timah di Perak mencapai tahap penting pada tahun 1840 -an, hasil penemuan bijih timah di Larut.
- Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina.
- Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang.
Lembah Kinta
- Pada akhir abad ke-19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia.
- Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar.
- Pada tahun 1870-an, Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan baharu di Lembah Kinta yang menyebabkan kemunculan bandar Papan dan Pangkalan Peguh.
Jugra
- Sultan Abdul Samad (1857.1898) menjadikan Jugra di dacrah I angat scbagai pusat pentadbiran Kesultanan Selangor.
- Jugra memainkan peranan penting scbelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke Klang.
- Jagra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk dibawa ke pelabuhan Melaka.
Kuala Lumpur
- Menjelang tahun 1860, Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor.
- Bijih timah berjaya dilombong di Ampang. Kuala sungai yang menjadi pertemuan di antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah.
- Kejayaan tersebut mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang membentuk bandar Kuala Lumpur.
Lukut
- Lukut merupakan wilayah Kesultanan Selangor. Perlombongan bijih timah di Lukut mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina.
- Pada tahun 1830-an, selepas kemangkatan Raja Busu, Raja Jumaat berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah yang terkenal.
- Pada tahun 1880, Lukut diserahkan kepada daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan melalui rundingan antara Sultan Selangor bersamasama pemerintah Sungai Ujong.
- Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelumnya di dalam kawasan Sungai Ujong menjadi sebahagian daripada wilayah Kesultanan Selangor.
Tokoh yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur:
- Raja Abdullah bin Raja Jaafar
- Sutan Puasa
- Abdullah Hukum
- Yap Ah Loy